SELESAI | KULIAH MAGHRIB KHAS ISRAK MIKRAJ ![]()
“Israk Mikraj: Isyarat Pembebasan Al-Aqsa”
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kuliah Maghrib Khas sempena Israk Mikraj di Masjid Qaryah Ibnu Khaldun, Lavender Heights.
Para jemaah berpeluang menghayati kupasan yang sangat menyentuh jiwa oleh Prof. Dr. Zainurrashid bin Zainuddin, yang mengaitkan peristiwa agung Israk Mikraj dengan realiti perjuangan umat Islam hari ini, khususnya isu pembebasan Al-Aqsa dan Palestin.
Kupasan beliau bukan sekadar ilmu, tetapi satu wake-up call untuk hati dan tindakan.
Atur cara istimewa turut berlangsung dengan penyerahan Kutipan Tabung Palestin kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai simbol solidariti dan keprihatinan ummah terhadap saudara kita yang tertindas.
Semoga segala ilmu, sumbangan dan kehadiran para jemaah menjadi amal berpanjangan serta menguatkan tekad kita untuk terus istiqamah dalam doa, dakwah dan sokongan kepada perjuangan Al-Aqsa.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.
Moga Allah memberkati langkah kita semua. ![]()