Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah swt di atas nikmat iman dan amal, khasnya di atas taufik dan hidayahnya kita dapat laksanakan ibadah korban peringkat MQIKLH pada Ahad 8 Jun 2025.
Sedikit statistik program korban :
13
Lembu Korban
100+
Sukarelawan
1400+
KG Daging
Zohor
Selesai
13 ekor lembu selesai di sembelih, dilapah dan dibungkus sekitar waktu zohor, walaupun program diuji dengan beberapa insiden :
Salah satu lori angkut lembu rosak di jalan pantai, alhamdulillah tiada gangguan kepada flow program.
Seekor lembu terlepas dari ikatan dan mencederakan salah seorang jemaah pemerhati bersama anak saudaranya. Alhamdulillah, Jemaah tersebut tidak mengalami kecederaan serius selepas pemeriksaan di Hospital Salam, Anak yang dikendongnya juga hanya luka kecil di tangan kanannya. Saya dan Imam Naufal telah menziarahi beliau dan memohon maaf di atas kejadian yang berlaku di luar kawalan kami.
Lembu yang terlepas telah ditangkap dan di sembelih di kawasan berdekatan untuk mengelakkan risiko-risiko lain, dan alhamdulillah telah dapat disempurnakan penyembelihannya.
Tiada kecederaan lain dan tiada kerosakan harta benda dilaporkan. InsyaAllah tahun hadapan kita akan perbaiki pada proses kawalan risiko yang berkaitan.
Kami beriltizam untuk membuat pelbagai penambah baikan kepada proses korban tahun depan, dan memohon doa dan sokongan daripada para jemaah sekalian.
Semoga ibadah korban kali ini diterima Allah swt, dan semua yang terlibat dicucuri keberkatan dan qabuliyat. Semoga Ukhwah dikalangan kita semakin erat, dan lebih ramai dapat bersama sama menyumbang tenaga untuk masjid kita, insyaAllah.